Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru-baru ini timbul isu berkenaan akaun t (Discussion Topic) - Kolej Islam Sultan Alam Shah - Alumni.NET
Information
    High School/Secondary School
    Klang, Selangor, Malaysia
Moderator
Alumni.NET News




Topic:Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru-baru ini timbul isu berkenaan akaun t
Displaying posts (1 - 1) out of 1

Alumni.NET ModeratorAssalamualaikum dan salam sejahtera. Baru-baru ini timbul isu berkenaan akaun twitter KISASofficial. Memandangkan isu ini menyentuh imej KISAS dan kredibiliti saya secara amnya, saya, Mohammad Najib bin Mohamed Thani, admin kepada laman FB Kolej Islam Sultan Alam Shah (Official) tampil dengan kenyataan ini. Akaun twitter tersebut diwujudkan oleh saya beberapa tahun lepas dan terus dipautkan dengan akaun Facebok Kolej Islam Sultan Alam Shah (Official) selepas mendapat permintaan agar KISAS mewujudkan akaun twitter. Tujuannya cuma satu, agar apa yang dimuat naik di dalam FB rasmi ini juga dapat dipanjangkan ke media sosial twitter yang mempunyai pengguna yang tersendiri. Admin jelas dan faham, apa yang dimuat naik di FB ini akan turut terpapar di akaun twitter KISASOfficial, tetapi apa yang ditulis di Twitter tidak akan terpapar di FB rasmi ini. Untuk itu, admin tidak lagi mengakses laman twitter itu kerana pada pengetahuan admin, apa yang ditulis di dalam FB ini sama dengan apa yang akan terpapar di twitter, selepas admin memautkan laman Twitter berkenaan dengan laman FB rasmi KISAS ini. Dan sehingga kini, admin tidak dapat mengakses laman twitter berkenaan. Oleh yang demikian, admin menafikan ada memuat naik status twitter yang tidak bersesuaian dan mencemar nama baik KISAS dan admin sendiri. Status FB yang menafikan kaitan akaun twitter berkenaan dengan FB Rasmi ini dibuat dalam keadaan admin sangat terkejut dengan apa yang berlaku. Mungkin ayat yang lebih sesuai adalah, 'status twitter yang dimuat naik itu bukan merupakan status rasmi KISAS. Untuk itu, saya, Mohammad Najib bin Mohamed Thani, admin FB Kolej Islam Sultan Alam Shah (Official) dengan rasa rendah diri memohon maaf kepada mana-mana individu yang terkesan dengan isu ini khususnya dan warga KISAS serta mereka yang mempunyai pertalian dengan KISAS amnya di atas kekurangan dan kecuaian saya menguruskan semua akaun media sosial bagi pihak Kolej Islam Sultan Alam Shah. Semoga Allah ampunkan semua dosa-dosa kita dan semoga Allah menutup aib kita semua. Kepada mereka yang mempunyai kepakaran untuk mendapatkan semula akses kepada akaun twitter tersebut, boleh PM admin segera. Sekian, terima kasih. Mohammad Najib bin Mohamed Thani Admin Laman FB Kolej Islam Sultan Alam Shah (Official)


about an hour agoReport


Help Bot | FAQ | About Us | Terms & Conditions | Privacy
Copyright ©  Alumni.NET, Patent Pending